Friday, January 14, 2011

Kemasukan ke SMT/SMV

Sehingga minggu ini, ramai pelajar datang ke Bilik UBK untuk menanya tentang SMT dan SMV. Berikut adalah syarat-syarat umum dan cara memohon.

Syarat-syarat Umum:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik. 
Cara Memohon:
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: http://esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke SMV/SMT berhampiran
  • Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.
Rayuan Kemasukan:
  • Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus ke SMV/SMT yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.
Kemudahan Asrama:
  • Kemudahan asrama disediakan di semua SMV/SMT kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.
Muat Turun Borang
Muat Turun Dokumen Panduan
http://apps.moe.gov.my/esptv/penawaran_2010/semak_tawar.cfm

No comments:

Post a Comment